EKSPEDISI JWJ3 telah melebarkan lagi jarak penerokaan meliputi kepulauan di Nusantara iaitu Riau Lingga, Sumatera, Kalimantan, Jawa dan Sulawesi mulai April 2012 sehingga akhir 2013. EKSPEDISI JWJ3 telah menjejak sejarah warisan Melayu di kepulauan Nusantara termasuklah ulama/pengajian, pahlawan/persilatan, kesultanan/kerajaan Melayu di Nusa Indonesia dan menjalankan aktiviti-aktiviti pertukaran buah fikiran dan persembahan kebudayaan Melayu Malaysia disamping menyerahkan bantuan kebajikan yang sewajarnya. EKSPEDISI JWJ 3 telah melengkapkan misi dengan pemergian 18 orang anggota Majma’ dan WarisAlam diserta juga oleh wartawan dari Bernama, menggunakan pengangkutan udara dan laut.
Diari-JWJ3
Sulawesi
MAKKASAR
JWJ3 menutup ekspedisinya di bumi Melayu Indonesia dengan menghantar 2 orang anggota
ke Makassar, Sulawesi. Dua orang anggota ini ialah Sdr Rahim dan Sdr Zainon.
Aktiviti mereka adalah untuk melawat dan membuat kajian mengenai beberapa ulama
Bugis dan mencari serba sedikit maklumat mengenai seni silat dari tanah Bugis
ini.
HARI 1 – 23.11.2013 - SABTU : Penerbangan dari LCCT, Sepang menaiki pesawat AirAsia jam 10.10 pagi telah
tertunda kurang lebih setengah jam. Sepatutnya sampai di lapangan terbang
Bandara Sultan Hasanuddin, Makassar, Sulawesi Selatan (SulSel) jam 1.15 pm telah tertunda hingga jam 2.00pm.
Penerbangan ke Makassar |
Diperhatikan di dalam pesawat, tidak ramai pelancong atau
pelawat dari bangsa asing. Hanya beberapa orang bangsa India, sekitar 10 orang
inggeris, sedikit cina dan yang sebahagian besarnya berbangsa Melayu.
Setelah keluar dari Imegresen disana, kami menuju keluar. Terlalu
ramai yang menawarkan perkhidmatan kenderaan. Terutama nya teksi (Taksi), Motorsikal
(Ojek). Ada juga bas percuma di sediakan untuk menuju ke kota, tetapi
perjalanannya difahamkan sejam sekali. Kami membeli SIM kad SimPATI bernilai
lebih kurang RM30.00 termasuk data Plan. Akhirnya kami memilih Teksi, Hyundai
Ascent untuk ke kota dengan kadar tetap Rp 125,000,00 (lebih kurang RM35). Perjalanan
kurang lebih 20 km dengan dua rumah tol.
Kami bertanyakan pada pak supir di manakah hotel yang agak
murah harganya. Beliau mencadangkan kami bermalam di Hotel Makassar Mulia dengan
kadar Rp 280,000,00 (RM 75), termasuk sarapan pagi. Kami memilih bilik Deluxe. Bilik
yang agak selesa. Lokasi hotel hanya 1.5km dari Pantai Losari yang terkenal
dengan pemandangan Sunset, matahari terbenam. Alamat Hotel Makassar
Mulia.JI.Nusantara no 5, Makassar.
Suasana di siang hari di kota Makassar |
Rupa gerai di kota Makassar |
Beca dan angkutan di kota Makassar |
Selepas meletakkan beg kami di kamar, kami langsung meminta
pak supir membawa kami ke kedai makanan islam kerana kami kelaparan. Saya
memilih untuk makan Konro bakar, iaitu sup daging, yang mana dagingnya di bakar
semula dan diletakkan sos kacang. Harga makanan untuk 3 orang adalah
Rp155,000,00 (RM 45). Untuk pengetahuan, makanan umum adalah makanan halal, manakala
makanan khusus adalah tidak halal. Pak Supir menghantar kami ke hotel dan
berehat. Jam 6.00 petang sudah gelap dan telah masuk waktu maghrib.
Pada sebelah malamnya sekitar jam 7.00 malam, kami menaiki
taksi untuk menziarah makam Syech Yussuf yang terletak di luar kota Makassar. iaitu
di daerah Gowa, lebih kurang setengah jam perjalan.
Syech Yusuf adalah Ulama terkenal sekitar abad 17. Beliau
mengembangkan Islam di Makassar, Sri Langka hingga ke Cape Town Afrika Selatan.
Beliau adalah generasi ke 6 dari Syech Jamadil AlKubro. Perjalanan agak
macet/sesak.
Setibanya kami di makam di jalan Syech Yusuf, taksi bermeter
menunjukkan Rp60.000.00 (RM18). Makam biasanya ditutup jam 6.00 petang. Oleh
kerana masih ada penjaga makam disitu kami meminta izin untuk ziarah. Ada juga
penjual bunga rampai di situ. Kami dibenarkan untuk ziarah dan dibuka semula
makam tersebut. Setelah mengambil air sembahyang, kami masuk ke dalam dan di
mulakan bacaan tahlil ringkas dari sdr Zainon.
Setelah selesai majlis, kami berkenalan dengan penjaga makam tersebut sdr Pak
MujibulRahman. Jam 9.00 malam kami pulang menuju pantai losari untuk makan
malam. Kami singgah di Rumah Makan berhadapan persisiran pantai. Nasi putih,
Bakso, Nasi Goreng sekadar mengalas perut.
Berjalan-jalan sekitar tepi pantai melihat kehidupan night
life di malam minggu. Tiada apa yang menarik hanya sekadar hiburan anak-anak
muda menyanyi sambil bermain gitar
beramai-ramai dengan kumpulan masing-masing. Ada jualan cenderahati dan
makanan. Tidak terkira ramainya penjual Pisang Epe, pisang yang tidak terlalu
masak dibakar dan letakkan perisa atas permintaan pelanggan dengan harga
sepinggan dengan air mineral Rp15,000,00.
Pulang ke hotel menaiki beca Rp 30,000.00(RM 9.00). Sebaris
dengan hotel ini terdapat banyak pusat-pusat hiburan karaoke.
Suasana waktu malam di kota Makassar |
HARI 2 –
24.11.2013 - Ahad : Selepas sarapan pagi, check out hotel dan berjalan kaki ke
Fort Rotterdam. Singgah makan nasi Kuning di depan Benteng ini dengan harga Rp
30,000.00. Pelawat asing diminta daftar di pintu masuk dan di kenakan
‘sumbangan Ikhlasnya’ dan saya bagi Rp2000. Senibina asal Istana ini dibina
pada zaman pemerintahan sultau Alauddin. Binaan sekeliling benteng ini
berbentuk seekor penyu, kepalanya menghadap ke laut.
Menurut cerita Sdr Mohd
Nasir, seorang pemandu pelancong di kawasan museum ini, binaan berbentuk penyu
ini adalah falsafah orang-orang Makassar yang mana mereka ini handal berperang
samada di lautan dan juga di daratan. Bagaimana pun pada zaman pemerintahan Belanda, semua
bangunan di dalam kawasan benteng ini di roboh dan dibina semula seperti ada
pada hari ini.
Di dalam kawasan ini juga terdapatnya Museum Li-Galiga. Li-Galiga
mengambil sempena nama seorang penulis
dari kerajaan Sulawesi Selatan di abad ke 12 kerajaan Luwu’(Bugis). Merupakan
naskah terpanjang di dunia melebihi 9000 helaian. Naskah ini disimpan di
Belanda. Penulisannya merangkumi aspek sosial, budaya, adat, pemerintahan dan
kepercayaan.
Cintailah Budaya Kita |
Rupa pelamin orang-orang Bugis |
Tasbih buatan orang-orang Bugis |
Kitab jawi lama |
Selepas makan tengahari sekitar jam 3.00 petang, bersama Pak
Nasir kami terus kembali semula ke Jln Syech Yusuf dengan harapan agar berjumpa
kembali dengan sdr Mujibul Rahman, penjaga makam.
Nasib kami baik kerana agak mudah dapat bertemu dengan
beliau, apatah lagi rumahnya hanya bertentangan dengan makam tersebut. Selepas
membuka bicara dari sdr Zainon, beliau menyatakan beliau membawa silat. Silat
ini tidak punya nama dan tidak untuk di pertontonkan. Silat ini tidak berkuda-kuda, sekitar
kawasan latihan mestilah bertutup dan mesti di buka dengan doa.
Apabila kami menjolok agar boleh ditunjukkan, beliau mencadangkan
agar kami terlebih dahulu bertemu dengan Almukarromah Puang Makka, seorang guru
yang membawa tarikat Tajul Halawatiyah yang bersanad hingga ke Syech Yusuf. Kami
akur dengan cadangannya dan kami janji akan bertemu kembali beliau selepas
bertemu Syekh Sayyid A.Rahim Assegaf Puang Makka.
Kami berangkat semula ke kota Makassar dan menginap di Hotel
Makassar Indah, seperti dicadangkan oleh Pak Muji. Kadar hotel Rp275,000.00 (RM
75), tetapi tiada sarapan pagi. Walaupun bileknya agak besar tetapi suasana nya kurang menarik. Check in di
hotel tersebut sekitar jam 6.00 petang.
Selepas makan makan malam, Nasi Goreng Gila dipesan sdr Zainon
Rp16,000.00 dan saya sendiri memesan mee sup Rp 11,000.00. Rupa-rupanya segala
bentuk mee yang dipesan adalah mee segera sahaja.
Malam tersebut kami menaiki Beca Motor (BecTor) untuk
bertemu Puang Makka, berpandukan nama jalan yang diberi. Pemandu bector
berulang kali berhenti dan bertanya pada orang sekitar dimana kah rumahnya. Sesampainya
disitu, kami disambut seorang lelaki, penghuni rumah tersebut yang menyatakan
bahawa Puang Makka tiada di rumah kerana ke Semarang dan akan pulang hari
Selasa pagi.
Pulang semula ke hotel. Sebelum tidur kami berbincang untuk
program esoknya. Kami membuat keputusan untuk ke Makam Jamaluddin AlKubro di
daerah Wajo dengan jarak 188 km.
Hari 3 –
25.11.2013 – ISNIN : Menghubungi syarikat teksi bertanyakan untuk menyewa
kenderaan untuk ke utara Makassar iaitu daerah Wajo. Rata-rata sewa adalah Rp
1.5 juta dan mereka tidak mahu pulang pada hari yang sama. Mujurlah sdr Zainon
masih menyimpan nombor salah seorang pemandu teksi yang kami temui sebelum ini.
Beliau sanggup pergi dengan harga Rp1 juta dan pulang pada hari yang sama.
Jam 9.00 pagi kami berangkat ke daerah Wajo dengan 2 orang
pemandu. Perjalanan melepasi kota Makassar yang sibuk menuju ke jalan kampong
yang sempit dan agak lengang. Dengan jalan yang tidak rata serta rosak sebahagiannya,
perjalanan adalah mendaki dan menurun gunung. Dalam perjalanan tersebut kita
akan temui Taman Nasional BantiMurung yang terkenal dengan air terjun dan taman
rama rama. Kami sempat singgah bergambar dihadapannya. Sayang sekali kamera
yang saya bawa rosak memori nya. Hanya gambar-gambar dari Handphone sdr Zainon
yang dapat dirakam.
Suasana keadaan di perjalanan |
Di sini berkuda adalah perkara biasa |
Kami bercadang meneruskan perjalan dan akan singgah semasa
perjalanan pulang. Tidak keterlaluan boleh digambarkan dalam setiap 2 km
perjalanan, kami akan temui masjid-masjid di sepanjang jalan kampong tersebut. Beberapa
kali pemandu tersasar jalan dan bertanyakan pada orang di situ.
Kerap berhenti bertanyakan arah jalan |
Pemandu kerap bertanyakan arah jalan pada orang tempatan |
Hampir 3 jam perjalanan, saya mencadangkan kami berhenti
makan tengahari. Pemandu berhenti di salah sebuah kampong yang terdapat kedai
makan di dalam rumah itu sendiri. Kami semua makan mee rebus dan roti. Selepas
berehat seketika perjalanan di teruskan.
Setelah 6 jam perjalanan, saya bertanya pada pemandu
berapakah jarak yang di rekodkan pada panel meter kereta Avanza tersebut, beliau
menyatakan hampir 400km. Kami tiba di lokasi lebih kurang jam 3.30 petang dan Sdr
Zainon membawa Tahlil ringkas.
Binaan masjid asal masih kelihatan dengan dinding dibina hasil
dari campuran telur dan batu. Setelah melawat makam Syekh Jamadil Kubro, kami
bertemu dengan penjaga/pemegang kunci makam tersebut Sdr Alang. Setelah
berbual, kami bertanya samada masihkah ada lagi pengajian dari susur galur syekh
yang masih ada di situ. Beliau mengatakan tiada.
Di hadapan lmakam Jamadil Kubro |
Makam Jamadil Kubro |
Dalam perjalanan pulang sekitar jam 5.00 petang kami sempat
singgah di salah sebuah rumah yang mengusahakan tenunan songket di daerah Sengkang. Ramai pengusaha di situ
dan mereka melakukan di kawasan rumah masing-masing. Tiga helai semampu dihasilkan
sehari dengan ukuran 1 meter setiap
satu, itu pun pada yang sudah mahir. Kami sempat membeli sehelai seorang
sebagai kenangan dengan harga Rp150,000.00.
Pemandu mencadangkan kami mengikuti jalan yang lain untuk
pulang semula ke Makassar. Kami bersetuju saja. Hari sudah mulai gelap, jadi
pemandangan sudah terbatas untuk melihat pemandangan dan panorama. Jalan
kampong yang dilalui juga sangat teruk seperti jalan offroad. Kami tiba di
Makassar sekitar jam 12 malam. Kami cuba mencari hotel-hotel yang lain akan tetapi
harganya jauh lebih mahal dari hotel sebelumnya. Kami mengambil keputusan untuk
check in saja dua hari di hotel Makassar
Mulia sama hotel di hari pertama di situ. Hanya makan biskut yang dibawa dan
terus tidur.
HARI 4 – 26.11.2013 -
SELASA : Selepas sarapan di hotel kami menaiki teksi ke Museum Istana
Kerajaan Gowa (Rumah Adat) terletak Balla Lampoa. Tambang Rp70.000.00. Bertemu
dengan Pak Amir Pegawai Museum. Beliau membenarkan untuk melihat dan merakamkan
gambar di dalam bilik yang dikatakan jarang dibuka kepada umum. Didakwa
barangan di situ adalah asalnya kepunyaan Syekh Yusuf, seperti quran tulisan
tangan beliau dan tongkat emas hadiah dari Cape Town dan juga barangan Sultan
Alauddin seperti Mahkota diperbuat daripada emas.
Senjata lama pahlawan Bugis |
Pakaian tradisional orang Bugis |
Al Quran tulisan tangan yang masih tersimpan |
Kami sempat membeli 3 buah
buku disitu, pendekar Opu Daeng, Ammatoa dan 1 Mappadulang Daeng Mattimung (Sultan Abdul
Jalil). Sebelum pulang semula ke Kota
Makassar kami singgah makan Coto Makassar.
Mencuba Coto Makassar |
Kembali semula ke kota Makassar, kali ini matlamat kami ingin mencari info tentang persilatan. Seperti di cadangkan oleh Pak Nasir, kami ke Pejabat K.O.N.I. (komplek Olahraga Negara Indonesia). Bertemu di situ General sekretarinya Dr H.Ad’dien. Pembuka bicara dari Sdr Zainon. Penerimaan beliau agak baik. Beliau mempertemukan dengan seorang jurulatih silat di situ iaitu Sdr Arman.
Mengikut maklumat di internet antara silat-silat yang
terdapat di sini adalah seperti Silat Nusantara, Silat Tapak Suci, Silat
Merpati Putih. Silat Perisai Putih, Silat Kesabaran, Silat Satria Muda
Indonesia, Silat Setia Hati, Silat Perisai Diri, Silat Wali Suci, Silat Hati
Suci, Silat Taji Malela, Silat Sempreng tujuh dan banyak lagi.
Hari latihan silat biasanya di hari cuti Sabtu dan Ahad. Untuk
keterangan yang lebih terperinci Dr Ad’dien mencadangkan kami ke Pusat
Pelancongan SulSel. Dihantar oleh pemandunya ke situ dan bertemu K.Yudka
Pamungkas, pegawai pemasaran dan promosi. Hasil perbincangan ringkas, beliau
sendiri tidak dapat mengenal pasti lokasi yang tepat tempat persilatan-persilatan
tersebut. Pulang ke hotel dihantar oleh pemandu Dr. Ad’dien.
Pada sebelah petangnya Pak Muji menanyakan samada kami sudah bertemu dengan
Puang Makka dan sdr Zainon memberitahu perihal semalam bahawa kami ke rumah
Puang Makka tetapi tidak dapat bertemu dengannya. Lantas dia mempelawa kami
bertemunya.
Pada waktu dijanjikan, jam 9.00 malam kami ke makam syekh
Yusuf. Rupanya ada tetamu dari Jakarta AlHabib Ahmad Bin Ali Bin Abdul Qodir
Assegaf, seorang pemimpin Majlis Zikir Al itqon Jakarta .Setelah berkenalan
ringkas, beliau mempelawa kami beserta untuk majlis tahlil di situ bersama
orang di situ seramai 6 orang. Beliau menghadiahkan kami kitab zikir dan
selawat. Majlis itu dimulakan sebaik kehadiran Ketua Polis Daerah Gowa. Selepas
majlis, beliau membuat tazkirah umum.
Setelah semua bersurai, tinggal kami bersama Pak Muji. Beliau
meminta kami berwuduk kembali dan masuk kawasan makam, kami diberikan tiga
amalan untuk keselamatan. Kerana hari telah larut katanya, sekitar jam 12 malam,
kami pun bersurai.
Pulang ke hotel. Disebabkan kesakitan kaki yang dialami sdr
Zainon, kami makan malam dengan pisang
Epe sahaja, Pisang yang hamper masak dibakar, dipenyekkan dan diletakkan perasa
mengikut kesukaan pelanggan.
HARI 5 – 27.11.2013
– RABU : Sarapan roti bakar bersama teh ‘o’ di
hotel. Berjalan ke Pasaraya sekitar 1 km dari hotel. Kaboresi Link – kaboresi
MTC – Kaboresi Central pusat membeli belah dan ole-ole. Kemudiannya naik taksi
ke Rumah Makan Nasi Padang.
Pulang ke hotel untuk berkemas. Menuju ke Airport jam 1.30 dengan
tambang Rp130,000.00. Pesawat yang sepatutnya berlepas jam 4.15 tertunda hingga
jam 5 ptg.Keluar dari LCCT jam 8.30 malam.
Di lapangan terbang sebelum berangkat pulang |
Pesawat yang bakal bawa anggota JWJ3 pulang |
Sekian. Catatan JWJ3 di Makassar, Sulawesi oleh Sdr Rahim.
CATATAN LAIN I RIAU LINGGA I SUMATERA I KALIMANTAN I JAWA ISULAWESI I DIARI JWJ I
Langgan:
Catatan (Atom)