Ekspedisi JWJ3

EKSPEDISI JWJ3 telah melebarkan lagi jarak penerokaan meliputi kepulauan di Nusantara iaitu Riau Lingga, Sumatera, Kalimantan, Jawa dan Sulawesi mulai April 2012 sehingga akhir 2013. EKSPEDISI JWJ3 telah menjejak sejarah warisan Melayu di kepulauan Nusantara termasuklah ulama/pengajian, pahlawan/persilatan, kesultanan/kerajaan Melayu di Nusa Indonesia dan menjalankan aktiviti-aktiviti pertukaran buah fikiran dan persembahan kebudayaan Melayu Malaysia disamping menyerahkan bantuan kebajikan yang sewajarnya. EKSPEDISI JWJ 3 telah melengkapkan misi dengan pemergian 18 orang anggota Majma’ dan WarisAlam diserta juga oleh wartawan dari Bernama, menggunakan pengangkutan udara dan laut.