BALIKPAPAN
HARI 1 - 27.09.2013 – JUMAAT :
Jam 6.00 pagi semua anggota JWJ3 untuk ke Kalimantan sudah siap bersedia di
LCCT. Sdr Rizal, Sdr Yufardi, Sdr Tg Azmi, Sdr Azizi dan Sdr Saiful Anwar @
TokPul sudah siap untuk mengembara dalam ekspedisi JWJ3 ke Kalimantan selama 6
hari. Membuat kajian dan lawatan ke tempat-tempat yang ada hubungankait dengan
ulama terbilang di sana. Ekspedisi JWJ3 meliputi bumi Melayu Indonesia pada
kali ini.
5
anggota akan berlepas dahulu pagi ini dan akan bercantum dengan 2 orang anggota
lagi pada esok harinya di Balikpapan.
Pada jam 11.30
pagi, kami mendarat di lapangan terbang kota Balikpapan. Satu peristiwa yang
amat menyedihkan berlaku kali ini di sini. Setelah menuruni pesawat menuju ke
pintu masuk airport untuk diperiksa oleh pihak imegresin dan ketika dalam
barisan menunggu melepasi cop passport, kami sempat berkenalan dengan dengan
staf AirAsia (kononnya), sambil beramah mesra sambil bertanyakan tempat tempat
yang menarik di kota Kalimantan Timur.
Tiba di Balikpapan |
Kira-kira jam
12.00 tengahari, selesai melalui pemeriksaan imigresin, tiba-tiba sdr Rizal, Sdr
Tg Azmi dan TokPul dipanggil oleh pihak keselamatan. Ketiga anggota JWJ3 jadi
terpingga pingga dan dibawa ke suah bilik khas dan disoalsiasat dan diperiksa
secara teperinggi oleh pihak polisi Indonesia. Pihak polisi ingin tahu hasrat
sebenar kami datang ke sana.
Rupa rupanya
kenalan singkat staf AirAsia (kononnya) yang kami kenal semasa menungu
pemeriksaan tadi adalah seorang pegawai polis yang sedang menyamar. Sebenarnya kami disiasat
seperti seorang yang bersalah atas kesalahan mengedar dadah dan penyeludup dek
kerana pertanyaan kami mengenai tempat yang bernama ‘Samarenda’.
Setelah
selesai pemeriksaan dan disahkan bersih, lalu anggota JWJ3 terus menuju ker
hotel Sinar Lumayan Syariah dengan menaiki taxi airport dengan kadar harga IDR
55.000.
Kota Balikpapan |
Bergambar di depan hotel |
Setibanya di hotel sekitar jam 1.30 tengahari yang terletak
di jalan Sudirman memperlihatkkan sebuah kota yang agak padat dengan penduduk,
para anggota rehat sebantar dan kemudiannya mencari makan tengahari di sekitar
jalan Sudirman berhampiran dengan hotel.
Selesai makan kira-kira
jam 2.30 tengahari, anggota menaiki angkutan bernombor 3 menuju ke Pasar Rapak dan
kemudiannya menaiki angkutan bernombor 5 menuju ke Pasar Impres Kebun Sayur. Di
sana tempat jualan kraftangan, permata, kain, baju dan pelbagai barang antik.
Menaiki angkutan |
Pasar Rapak |
Pasar Rapak |
Pasar Impres Kebun Sayur |
Batu Permata |
Barangan antik |
Minum sebentar kerana kehausan di pasar Impres |
Lewat petang
para anggota kembali ke hotel untuk melelapkan mata dan merehatkan badan yang sudah
mula terasa sengal-sengal dan sebagainya. Jam 9.00 malam, anggota keluar
berjalan kaki mencari kedai makan sepanjang jalan Sudirman sejauh dua
kilometer. Jam 11.30 malam semua anggota sudah pun melelapkan mata kerana esok
merupakan perjalanan yang panjang akan bermula, apabila telah bercantum dengan
dua anggota lagi iaitu sdr Zaid dan Sdr Dalim.
HARI 2
– 28.09.2013 - SABTU : Jam
9.00 pagi lima anggota sudah siap bersarapan di hotel sambil menanti kehadiran
Sdr Dalim dan Sdr Zaid yang berlepas dari LCCT melalui Jakarta untuk tiba ke
Balikpapan.
Sementara itu
berbincang dengan Pak Rahmat , pak supir yang akan membawa kami bertujuh nanti
ke Tanjung, Martapura dan kota Banjarmasin, kira-kira 500km dari sini.
Pada jam 11.00
pagi sdr Dalim dan sdr Zaid tiba di hotel dan mereka berehat sebentar sebelum
kesemua anggota bergerak menuju ke arah kota Banjarmasin untuk memulakan
ekspedisi kajian JWJ3 sepenuhnya. Pada kira-kira jam 1.00 tengahari, anggota telah bergerak
dengan sebuah kenderaan Innova dengan kapasiti 8 orang termasuk pak supir yang bernama Pak Anton.
Kenderaan yang di sewa untuk ke arah kota Banjarmasin |
Pada jam 3.00
petang telah pun sampai di jeti terminal Batu Ampar. Kenderaan harus merentasi
sebuah teluk untuk meneruskan perjalanan dan akan mengambil masa 2 jam untuk ke
seberang, ke jeti Penajam dan terus ke Tanbalong Tanjung.
Di atas feri |
Jam 5 petang
berlabuh di jeti Penajam dan perjalanan diteruskan dan kira-kira jam 7.00 malam
singgah sebentar di pertengahan perjalanan untuk minum dan istirehat kerana
perjalanan untuk ke Martapura dan kota Banjarmasin terlalulah jauh sekali.
Pemandangan dari atas feri |
Pemandangan dari atas feri |
Anggota akan
singgah bermalam di Tanjung sebelum meneruskan perjalanan. Apa pun perut harus
diisi terlebih dahulu kerana terlalu kelaparan dan keletihan dalam perjalanan.
Jam 8 malam anggota
menyambung perjalanan semula dan jam 11.30
malam tiba di sempadan antara Kalimantan Timur dengan kalimantan Selatan, nama
tempatnya Kuaro Gunung Hala. Walupun sudah hampir 11 jam di perjalanan dalam
keadaan jalan yang agak teruk, namun anggota masih belum sampai ke destinasi
yang dicadangkan untuk singgah bermalam, masih ada lagi kira-kira 60 km untuk sampai
ke Tanjung.
Akhirnya, jam
1.15 pagi baru sampai ke hotel Hikmah di Tanjung. Sungguh sepi di bandar kecil
ini, tidak ada kedai atau restoran yang masih buka, maka semua anggota terpaksa
tidur dalam keadaan kelaparan dan letih lesu.
Jam 2 petang anggota menuju terus ke kota Marabahan, kota yang banyak menyimpan sejarah persilatan dan keilmuan ulamanya.
Setibanya di pasar terapung, satu suasana yang cukip unik dan di sini sudah dikerumuni oleh para pelancong dunia barat. Menarik. Memang menarik suasana ibu-ibu bersampan berniaga di setiap pagi di sini. Maka sempat anggota membeli sarapan pagi dari ibu-ibu ini dan makan di atas boat sahaja.
TANJUNG TABALONG
HARI 3
- AHAD 29.09.2013 – AHAD : Jam 1.15 pagi sampai di
Tanjung Tabalong dan rasanya semua anggota telah cukup rehat di hotel yang
serba sederhana ini.
Semua anggota
keluar makan sarapan pagi untuk mencuba masakan di sini sebelum meneruskan
perjalanan seterusnya.
Selesai
sarapan pagi, kenderaan JWJ3 terus berangkat ke arah kota Martapura sekitar jam
10.30 pagi. Lokasi pertama dalam senarai aktiviti JWJ3 di sini ialah untuk
melawat makam Muhammad Nafis setikar perjalanan sejauh 30km di Kg Kalua daerah
Tanjung.
Perjalanan
telah mengambil masa kira kira 2 jam untuk sampai ke makam tersebut, itu
termasuk masa tersesat dan tersasar arah tuju setelah beberapa kali berhenti
bertanyakan orang untuk sampai ke sini.
Azan zohor
berkumandang menyambut kehadiran para anggota JWJ3 di makam Sheikh Muhammad Nafis
sekitar jam 12.30 tengahari.
Jam
menunjukkan 2.00 petang, setelah selesai bertalil dan membuat sedikit temuramah
di sini, bergerak seterusnya ke makam Datu Sanggul, salah seorang guru kepada Sheikh
Arshad al-Banjari yang bertempat di Rantau dengan jarak perjalanan sekitar 70km.
Membeli munakib dan buku-buku mengenai ulamak Banjar |
Dalam
perjalanan ke sana, anggota singgah makan tengahari di Amuntai, sebuah daerah bersebelahan
daerah Tanjung sebelum menuju ke daerah Rantau. Inilah merupakan kali pertama
menjamah nasi padang semenjak mendarat di Balikpapan.
Ambil masa 30
minit untuk menjamu selera dan mula terasa segar buat seketika, basahkan tekak
dengan es tea dan es jeruk. Inilah minuman yang popular para anggota JWJ3
setiap kali mengunjung gerai-gerai makan di Kalimantan ini.
Sekali lagi,
satu perjalanan yang agak lama dan agak meletihkan. Setelah 5 jam perjalanan
baru tiba di makam Datu Sanggul dengan disambut pula dek laungan azan maghrib.
Di pintu masuk makam Datu Sanggul |
Di sini,
anggota tidak mengambil masa begitu lama, hanya sekadar membacakan tahlil
ringkas, para anggota sudah bersetuju untuk beredar menuju ke destinasi yang
seterusnya. Jam 7.00 malam, meneruskan perjalanan ke Martapura.
Tiba di
Martapura dua jam kemudian dan bermalam di Wisma Raudah, hotel yang agak selesa
untuk merehatkan fizikal dan mental para anggota JWJ3.
Setelah rehat
sebentar, para anggota keluar mencari makan malam dan bersiar di kota Martapura
yang terkenal dengan batu-batu permata. Semua anggota keluar berjalan kaki
kecuali Sdr Rizal yang tinggal keseorangan di bilik hotel kerana terasa kurang
kesihatan. Mungkin kerana keletihan setelah mengharungi perjalanan yang cukup
meletihkan dan terpaksa menghadapi keadaan cuaca yang terik selama berada di
Kalimantan ini.
Kota Martapura waktu malam |
Makan Malam ala-ala orang Banjar di gerai ini |
MARTAPURA
HARI 4 – 30.09.2013 – ISNIN : Empat hari sudah
berlalu anggota JWJ3 berkelana di negara
orang, dari Kalimantan Timur sehingga ke Kalimantan Selatan.
Kini di Martapura, kota yang penuh bersejarah, sejarah ulama nusantara terutama yang melebarkan Islam di Banjar sehinggalah ke Semenanjung. Kota ini juga mempunya pasar tradisonal yang menjual batu permata dan terdapat pelbagai aktiviti rakyat tempatan di sekitar kawasan dataran kotanya.
Dataran kota Martapura di waktu pagi |
Tertera surah Al-Fatihah sebagai monument di dataran kota Martapura |
Kini di Martapura, kota yang penuh bersejarah, sejarah ulama nusantara terutama yang melebarkan Islam di Banjar sehinggalah ke Semenanjung. Kota ini juga mempunya pasar tradisonal yang menjual batu permata dan terdapat pelbagai aktiviti rakyat tempatan di sekitar kawasan dataran kotanya.
Gerai batu permata berhampiran dataran kota Martapura |
Gerai pakaian di sini |
suasana aktiviti di dataran kota Martapura di waktu pagi |
Di merata tempat di sini, terpanpar gambar Ulama terbilang di bumi Melayu. Gambar 4 ulama serangkai iaitu Sheikh Arsyad, Sheikh Wahab, Sheikh Samad dan Sheikh Andul Rahman.
Melihat gambar 4 ulama serangkai ini, seseorang itu pasti terandai macam-macam di dalam hati : Apakah yg mereka bincangkan? Mengenai penjajahan? Ke mana arus ilmu dan islam yang harus dituju selepas ini? Apakah ada yang akan meneruskan perjuangan ini? Atau di manakah kita harus menanam benih benih supaya benih itu subur di dalam hati hati orang yang akan terus berjuang? Semuanya boleh diandaikan… Tapi sekiranya ia menjadi andaian…hanya andaian yang diperolehi..
Empat ulama serangkai |
Melihat gambar 4 ulama serangkai ini, seseorang itu pasti terandai macam-macam di dalam hati : Apakah yg mereka bincangkan? Mengenai penjajahan? Ke mana arus ilmu dan islam yang harus dituju selepas ini? Apakah ada yang akan meneruskan perjuangan ini? Atau di manakah kita harus menanam benih benih supaya benih itu subur di dalam hati hati orang yang akan terus berjuang? Semuanya boleh diandaikan… Tapi sekiranya ia menjadi andaian…hanya andaian yang diperolehi..
Peminta sedekah di sepanjang jalan ke makam Sheikh Arsyad |
Pak supir membawa kami ke
kampung Desa Dalam Pagar, tempat letaknya makam Sheikh Arshad Al-Banjari, perjalanan
lebih kurang 30 minit dari penginapan kami.
Di hadapan makam Sheikh Arsyad al-Banjari |
Memasuki kawasan makam |
Ramai peminta sedekah di kaki lima menuju ke makam |
Makam Sheikh Arsyad Al-Banjari |
Kalimah-kalimah dalam kawasan makam |
Khazanah Sheikh Arsyad |
Khazanah Sheikh Arsyad |
Setelah
selesai tahlil, kami anggota berlegar-legar di luar makam dan di sini terasa
ingin menghulurkan sedekah kepada anak-anak meminta sedekah. Salah seorang
anggota memberi wang Malaysia kepada salah seorang anak di situ, akan tetapi
diserbu kemudiannya oleh ramai anak-anak yang lain termasuk yang telah berusia.
Satu pengalaman yang tidak ada di tanah air kita. Jenuh juga para anggota cuba
mengelak peristiwa itu sehingga di bantu oleh penduduk tempatan agar anak-anak
itu beredar sahaja.
Para penjual bunga di luar makam |
Salah seorang anggota JWJ3 setelah memberi sedekah |
Tiba-tiba anak-anak dan ibu-ibu peminta sedekah serbu anggota JWJ3 |
Selesai di
makam ini, seterusnya lawatan menuju ke makam Sheikh Abdul Wahab Bugis yang dikatakan
beliau adalah menantu kepada Sheikh Arshad al-Banjari dan dimakamkan di kawasan
desa dalam pagar. Walaubagaimana pun ada yang menceritakan makam beliau telah
diubah ke tempat yg lain, berkemungkinan diubah ke Sulawesi atau di daerah lain
di Banjarmasin.
Berhenti di merata tempat untuk dapat maklumat mengenai seni silat |
Suasana anak-anak di perkampungan Martapura |
Jam 11.30 pagi
kami meninggalkan makam Sheikh Arshad al-Banjari dengan tujuan mencari makam Sheikh
Abdul Wahab Bugis. Punya lah
mencari hampir 2 jam, ke sana ke sini bertanyakan orang tetapi masih menjadi
persoalan kerana masih tidak ditemui.
Susana di perjalanan |
Akhirnya
keputusan anggota untuk teruskan sahaja ke makam Abdul Hamid Ambulung setelah
makam Sheikh Wahab tak ketemui dan jam sudah melebihi 3.00 petang.
Tiba di kawasan Makam Datu Hamid Abulong sudah jam 4.30 petang. Melawat seketika masjid yang didirikan beliau, dan terdapat kayu-kayu lama di sekitar masjid itu bekas tiang-tiang masjid asal yang berusia lebih 300 tahun.
Masjid Datu Abulong |
Kayu tiang asal masjid ini yang berusia 300 tahun |
Gerai minuman yang terdapat di hadapan masjid |
Berehat dan minum sebentar sebelum meneruskan aktiviti |
Penjual buah di kawasan ini |
Kemudian para anggota ke makam beliau dengan perahu di seberang sungai, mengadap masjid ini.
Sungai yang harus diseberangi |
Telah menyeberangi sungai |
Jeti makam Datu Abulong |
Selesai di
makam Datu Hamid Abulong sekitar 6.00 petang,
para anggota kembali semula ke kota Martapura untuk berehat. Semasa
menujdalam perjalanan salah seorang anggota terperasan sebuah rumah tradisional
adat Banjar di tepi jalan, di tengah bendang, TokPul meminta pak supir
memberhentikan kereta untuk pergi menyiasat apa yang menarik di rumah itu.
Pemandangan di sekitar rumah adat Banjar |
Jelas, memang
sebuah rumah adat Banjar yang dikekalkan untuk lawatan orang ramai. Maka puas
anggota menemu ramah penghuni rumah itu dan bergambar.
Kalimah yang terdapat di pintu dalam rumah |
Ruang dalam rumah yang cukup menarik |
Sebuah rumah adat yang masih terpelihara keasliannya |
Pada jam 8.20
malam, para anggota telah selesai bersiap sejak sampai di hotel pada jam 7.15
malam tadi. Semua sudah bersedia bergerak untuk pergi menemui salah seorang
guru seni silat yang tinggal di kota Martapura.
Jam 8.40 tiba
di rumah Pak Ilham, seorang guru silat batin yang berusia sekitar umur 70an .
Para anggota bermuzakarah dengan panjang lebar mengenai silat hinggalah ke bab ilmu
hakikat dan ilmu makrifat.
Lakaran pengajian ilmu Tauhid yang disimpan oleh Pak Ilham |
Jam 10.45
malam setelah sessi berfoto, para anggota mula beredar untuk mencari makan
malam di sekitar kota Martapura. Malam ini menu para anggota ialah Ayam Penyet
di restoran WongSolo. Aduhhh… pedas sekali masakan di restoran ini.
Masakan Ayam Penyet |
Akhirnya jam
12.30 malam, semua para anggota sudah pun lelap dibuai mimpi.
BANJARMASIN
HARI 5 -
1.10.2013 – SELASA : Seawal jam 9.00 pagi
telah bertolak ke Kota Banjarmasin, kota yang agak padat dengan penduduk, di tengah
kota, di tepi muara dan di dalam kampong, ada saja yang didiami oleh masyarakat
Melayu Banjar.
Suasana kota Banjarmasin |
Jarak perjalanan sekitar
50 km sahaja dan mengambil masa sekitar 1 jam lebih, maka sampailah ke kota yg
disebutkan.
Dengan kereta yang dipandu
oleh pak supir, para anggota bersiar-siar terlebih daluhu sekitar kota Banjarmasin
apabila tiba di sini. Merata pelusuk jalan dibawanya, bagus juga kerana dapat
serasikan keadaan jalan dan kesibukan kota.
Anggota singgah sebentar
di pasar untuk melihat keunikkan orang orang Banjar menjalankan perniagaan, sambil-sambil
mengambil sarapan pagi di gerai-gerai yang bersekitarannya.
Makan di gerai berhampiran pasar |
Suasana sekitar pasar di kota Banjarmasin |
Suasana sekitar pasar di kota Banjarmasin |
Nenek menjual sireh dan bunga-bunga di kaki lima Banjarmasin |
Jam 3.00 petang akhirnya
dapat lah hotel yg berpatutan, Hotel Godola untuk bermalam di kota ini. Selesai
mandi pada jam 3.30 petang, anggota sudah bergerak pula ke masjid Al-Rahman –
ada gelangang silat Bunga Mekar di sana, bermula latihan seni silat selepas asar
nanti dan kami menuju ke sana menaiki tut-tut sahaja kerana tempoh sewaan
kenderaan kami telah tamat.
Menaiki tut-tut |
Sungguh seronok
menyaksikan latihan damn persembahan silat ini yang dipersembahkan kepada
anggota JWJ3. Yang menyeronok adalah kerana anak-anak kecil di sini amat minat
dengan seni ini.
Latihan silat Bunga Mekar |
Persembahan silat Bunga Mekar |
Bergambar dengan anak-anak silat Bunga Mekar |
Selesai bersama perguruan
silat Bunga Mekar sekitar jam 5.30 petang, anggota berjalan kaki sekitar
kampong mencari lagi perguruan persilatan yang masih ada dikawasan tersebut.
Anggota berjalan sejauh jarak 4
km sehinggalah berjumpa dengan perguruan
silat Cipta Sejati. Sambil berkongsi pendapat mengenai persilatan dan
siratulrahhim dan selesai jam 7.00 malam, lalu bergerak pulang ke hotel dengan
tut-tut.
Bergambar dengan ahli silat Cipta Sejati |
Jam 8.30 malam setelah
sempat pulang ke hotel dan mandi, para anggota bergerak melihat acara-acara
malam yang ada di sekitar kota Banjarmasin terutama di kawasan pasar besar
Banjarmasin…..
Agak sukar mencari makanan
berselerakan orang semenanjung di sini. Jadi pilihan yang terbaik pada mala
mini hanyalah nasi putih dan sup buntut sahaja.
Makan sop buntut di kawasan pasar |
Pada masa bersiar-siar
dekat pasar ini, anggota temui sebuah hotel muslim yang agak selesa,
berhampiran tempat makan dan harga yang lebih berpatutan. Di sini juga telah
ditempah untuk bermalam untuk keesokkan hari. Malah tempahan sewa kereta Unser
dan pak supirnya juga telah dibuat tempahan untuk esok untuk membawa ke tempat
seni silat yang lain pulak.
Jam 10.00 semua sudah masuk
kembali ke hotel Gondola.
HARI 6 –
2.10.2013 - RABU
Jam 9.00 pagi setelah
sarapan di hotel Gondola, para anggota berjalan kaki berpindah ke hotel
Perdana.
Hotel Perdana |
Sekitar di jalan hadapan Hotel Perdana |
Sekitar di jalan hadapan Hotel Perdana |
Sekitar di jalan hadapan Hotel Perdana |
Selesai ‘check-in’ di
hotel baru ini, anggota sudah bersedia untuk bergerak dengan kenderaan sewa
untuk hari ini. Pada jam 11.00 pagi anggota telah bergerak ke Muzium untuk
mendapat maklumat lanjut mengenai budaya di Banjarmasin.
Para anggota JWJ3 disambut
baik di muzium ini oleh para pegawai Dinas ini. Temuramah di buat dan maklumat
tepat mengenai seni silat Kuntau Jagoan diperlorehi. Maka temujanji telah
diuruskan oleh pihak Dinas untuk anggota menemui perguruan itu petang ini.
Rombongan JWJ3 menerima
cenderahati turut menerima cenderati di atas lawatan yang tidak rasmi di Dinas
ini.
Cenderahari yang diterima oleh JWJ3 |
Jam 2 petang anggota menuju terus ke kota Marabahan, kota yang banyak menyimpan sejarah persilatan dan keilmuan ulamanya.
Minum air kelapa sebelum meneruskan perjalanan |
Jam
menunjukkan pukul 5.00 petang, baru tiba di Marabahan untuk bertemu Bapak Ani,
beliau adalah seorang guru sekolah dan antara yang masih memegang warisan silat
Kuntau Jagoan. Banyak juga informasi yang bapak Ani kongsikan bersama para anggota.
Antaranya, beliau mengajar para anggota tari sembah pertama silat Kuntau Jagoan,
mempersembahkan permainan serunai dan mengkisahkan sejarah persilatan kuntau
dengan panjang lebar.
Akhirnya
rombongan JWJ3 dapat membeli serunai asli silat kuntau ini dengan harga IR400.00
sebagai ole-ole yg sukar nak diperolehi. Selesai
menemubual, sekitar jam 7.00 malam anggota bergerak pulang ke kota Banjarmasin
melalui semula perjalanan selama 3 jam.
Sessi berfoto anggota JWJ dengan Bapak Ani |
Selesai makan
malam, semua sudah berada di hotel pada jam 10.30 malam. Ada yang tidur terus
dan ada yang berurut badan dengan Pak Adi yang terkenal sebagai tukang urut rasmi di hotel
tersebut.
Esok aktiviti
terakhir di Banjarmasin yang akan bermula seawal 5.00 pagi.
HARI 7 -
3.10.2013 – KHAMIS : Jam 5.00 pagi anggota JWJ3 sudah
pun bersedia di hadapan hotel untuk menaiki bot ke kawasan ‘pasar terapung’ di
kota Banjarmasin.
Para anggota
hanya ada masa sekitar 3 jam sahaja untuk lawatan pagi ini kerana pagi ini
merupakan hari terakhir berada di bumi Banjar ini. Semua anggota akan ke tanah
Jawa pula dari sini dengan pesawat Lion Air.
Memang satu
pengalaman yang cukup menarik menaiki bot ke pasar terapung. Menyaksikan anak
bumi banjar ini keluar waktu pagi dengan bot mencari rezeki di sepanjang sungai
yang dilalui. Laungan subuh turut menemani dan disapa kemudiannya dengan sinaran mentari pagi.
Terdapat banyak masjid di sepanjang tepi sungai |
Keindahan di waktu pagi |
Mentari naik di hadapan arah perjalanan |
Setibanya di pasar terapung, satu suasana yang cukip unik dan di sini sudah dikerumuni oleh para pelancong dunia barat. Menarik. Memang menarik suasana ibu-ibu bersampan berniaga di setiap pagi di sini. Maka sempat anggota membeli sarapan pagi dari ibu-ibu ini dan makan di atas boat sahaja.
Sungguh menarik suasana di pasar terapung ini |
Banyak betul jualan oleh ibu-ibu hasil tani mereka |
Sarapan pagi pun dijual dari atas perahu |
Anggota JWJ3 membeli sarapan pagi |
Puas mengambil foto-foto di sini |
Hampir 1 jam berada di kawasan pasar terapung ini, jam
8.00 pagi anggota terpaksa bergerak pulang, bergegas pula nak ke Airport untuk
terbang ke pulau jawa pula. Surabaya.
Anak-anak mula keluar ke sekolah |
Lambaian oleh penghuni rumah di tepi sungai |
Lambaian dari anak-anak sekolah Agama |
Lambaian terakhir sebelum anggota JWJ3 meninggalkan bumi Banjarmasin |
Jam 9.30 pagi,
pak supir sudah sedia menunggu di lobby hotel untuk bawa para anggota ke Syamsudin Nor Airport.
Masih menanti di lapangan terbang kerana 'flight delay' |
Walaupun ‘flight
delay’ satu jam, akhirnya semua anggota JWJ3 meninggalkan bumi Banjar,
Kalimantan berlepas ke Jawa.
Sekian. Catatan
JWJ3 di Kalimantan oleh Sdr Rizal dan TokPul.