PALEMBANG
HARI 1 - 24.09.2012
– ISNIN : Tiga orang anggota JWJ telah bersedia untuk berlepas dari LCCT untuk
mendarat di Palembang. Kali ini ekspedisi JWJ3 ialah ke Sumatera pula. Sdr Sofi,
Sdr Rizal dan Sdr Saiful akan memulai perjalanan ke Palembang, Jambi, Bungo dan
akan bercantum dengan Sdr Zaid dan Sdr Dalim di Padang kemudiannya akan
meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi dan berakhir di Pekan Baru.
Anggota JWJ3
berlepas dari LCCT jam 1.00 tengahari waktu Malaysia dan tiba di Airport Sultan
Mahmud Badaruddin jam 1.30 tengahari waktu Indonesia. Setibanya di tanah
Palembang ini, anggota berpakat untuk menikmati masakan di sini terlebih
dahuliu sebelum ke hotel. Almaklumlah perut masing-masing terasa kekosongan dan
perlu diisi sebelum apa-apa aktiviti.
Berpandukan
panduan pemandu taksi airport, anggota JWJ3 telah singgah di sebuah restoran masakan
tradisional orang Palembang, masakan istimewa mereka iatu masak ikan patin dan
udang galah ‘Pindang’ Palembang. Masakan pindang disini ala-ala masakan di
Kedah cuma warna kuahnya agak kemerahan dan di Kedah warna kuahnya
kekuning-kuningan. Apa-apa pun rasanya memang sedap sekali.
Selesai makan
tengahari kira-kira jam 3.30 petang anggota membuat keputusan untuk melawat
Bukit Siguntang terlebih dahulu sebelum ke hotel agar segala urusan lawatan
dapat diselesaikan pada siang hari.
Setibanya di
Bukit Seguntang yang tertinggal agak tidak rapi penjagaannya, tidak setimpal
dengan sejarah penceritaannya selama ini. Anggota cuba menyelami keadaan di
sini seperti mana cerita-cerita hebat yang diceritakan ratusan tahun dahulu.
Tempat datangnya pemerintah bumi Melaka, asal tempat keturunan Parameswara.
Namun bukit ini hanya tinggal bukit gersang, hanya bersemadinya makam-makam
lama, tiada penceritaan yang dapat kita perolehi di sini. Hanya kisah-kisah
yang sekerat-sekerat dari penjaga makam-makam di sini.
Selesai melawat ke semua makam di bukit ini, anggota terus ke kota Palembang semula untuk mencari tempat bermalam. Jam 6.30 petang sebuah hotel yang agak selesa ditempah dan para anggota berlabuh disini. Sebelum melelapkan mata, para anggota sempat bersiar di sekitar hotel untuk makan malam dan kemudiannya tidor awal kerana esok pencarian anggota JWJ3 lebih mencabar. Mencari keturunan Sheikh Abdul Samad Palembang.
Warung yang terdapat di sekitar hotel pada waktu malam |
HARI 2 –
25.09.2012 – SELASA : Anggota mulakan hari ini dengan sarapan pagi di tepi hotel
pada jam 8.00 pagi. Pada jam 9.00 pagi sudah mula bergerak mencari maklumat untuk
realisasikan misi kali ini dengan kenderaan teksi yang sama, setelah tempahan
awal dilakukan semalam.
Warung makan pagi yang terdapat di sekitar hotel |
Ekspedisi dimulakan dengan melawat industri tenunan kain songket Palembang sebelum mencari sejarah yang telah ditinggalkan mengenai ulama-ulama, terutamanya salah seorang ulama nusantara yg terkenal iaitu Syeikh Abdul Samad Palembang.
Mencuba songket Palembang |
Melihat bagaimana songket Palembang ditenun |
Setelah puas
mengayakan pelbagai kain songket, anggota terus ke makam diraja disini. Anggota
lawat seketika disetiap makam akan tetapi tujuan ke sini adalah untuk memcari
maklumat-maklumat penting. Temuramah dibuat dengan para penjaga makam untuk
mencari kisah Sheikh Abdul Samad Palembang.
Mengikut maklumat dari salah seorang penjaga makam, membuatkan kami melalui lorong lorong ditepi pasar 16 iilir sehinggalah lorong 1 iilir mencari seorang pak kiyai yg bernama Kiyai Haji Nawawi sekitar berusia lingkungan 70an, seorang Guru yang mengajar kitab Hikam Ibn Ataillah dan kalimah Tauhid.
Kawasan Makan DiRaja |
Salasilah Kesultanan Palembang |
Mengikut maklumat dari salah seorang penjaga makam, membuatkan kami melalui lorong lorong ditepi pasar 16 iilir sehinggalah lorong 1 iilir mencari seorang pak kiyai yg bernama Kiyai Haji Nawawi sekitar berusia lingkungan 70an, seorang Guru yang mengajar kitab Hikam Ibn Ataillah dan kalimah Tauhid.
Menemu ramah Kiyai Haji Nawawi |
Bercerita mengenai Sheikh Abdul Samad Palembang, pak kiyai ini meminta anggota JWJ3 untuk bertemu dengan anak muridnya yang bernama Ustaz Andi Sarifuddin, menjadi pengurus di masjid Agung Palembang dengan harapan mungkin beliau mempunyai banyak perkara yang boleh dikongsikan mengenai kisah dan sejarah hidup Sheikh Abdul Samad Palembang yang sedang dikaji oleh JWJ3.
Jam 2.00 petang
para anggota stiba di masjid Agung Palembang dan untuk berjumpa dengan Ustaz
Andi namun tidak dapat bertemu kerana beliau adalah seorang guru di sekolah
agama, namun begitu anggota dibawa kerumah beliau oleh salah seorang
ahlijawatankuasa masjid tersebut.
Anggota JWJ3 berjaya menemui ustaz muda ini di rumah beliau. Cukup mesra orangnya dan ramah bercerita mengenai ulama yang sedang dikaji ini. Hasil dari pada perbincangan dan muzakarah ilmu, benarlah bahawa beliau banyak menyimpan khazanah ulama seperti kitab kitab, juga sejarah Syeikh Abdul Samad Palembang dan salasilah keluarganya. Maka jelaslah bahawa Sheikh Abdul Samad merupakan cucu Sheikh Abdul Jalil dan bukan anaknya seperti yang tercatat selama ini.
Masjid Agung Palembang |
Anggota JWJ3 berjaya menemui ustaz muda ini di rumah beliau. Cukup mesra orangnya dan ramah bercerita mengenai ulama yang sedang dikaji ini. Hasil dari pada perbincangan dan muzakarah ilmu, benarlah bahawa beliau banyak menyimpan khazanah ulama seperti kitab kitab, juga sejarah Syeikh Abdul Samad Palembang dan salasilah keluarganya. Maka jelaslah bahawa Sheikh Abdul Samad merupakan cucu Sheikh Abdul Jalil dan bukan anaknya seperti yang tercatat selama ini.
Dalam
perjalanan ke rumah yang dikatakan waris Sheikh Abdul Samad, anggota sempat
melawat anak-anak muda Palembang membuat ukiran kayu.
Setelah puas
temuramah dan mengambil gambar, para anggota di jemput pula oleh ustaz pula
untuk kegelanggang seni silat kraton Palembang untk menyaksikan latihan seni
silat yang mana beliau sendiri merupakan gurunya. Malangnya anggota tidak dapat
memenuhi jemputan ini walau minat dalam seni silat amat mendalam kerana harus
bergegas ke Jambi untuk kajian seterusnya dan anggota JWJ simpankan hasrat itu
untuk lain kali. Apa-apa pun misi ke Palembang ini adalah misi yang berjaya
menjejak apa yg dihasratkan.
JAMBI
HARI 3 –
26.09.2012 – RABU : Tiba di jambi jam 2.00 pagi setelah berhempas pulas dalam
keadaan yang agak tidak selesa dalam perjalanan yang agak lama. Anggota menaiki
ojek untuk mencari hotel sekitar kota jambi yang amat lengang ketika itu.
Kebanyakkan hotel agak penuh dan anggota terpaksa dari hotel ke hotel mencari
tempat untuk tidor. Akhirnya hampir jam 3.20 pagi baru lah menemui tempat untuk
berlabuh seketika sebelum menanti hari cerah.
Pada jam
10.00 pagi para anggota telah bangun dan terus ‘check-out’ dari hotel tanpa
sarapan, bergerak menaiki ‘tut-tut’ untuk melawat muzium Jambi untuk melihat
kesan-kesan dan fakta sejarah mengenai asal usul Melayu dari sini. Setelah
hampir 2 jam di sini maka beralih pula untuk ke tempat lain.
Destinasi
seterusnya ke Pasar yang terletak di tepi sungai Jambi, tempat yang sesak
dengan masyarakat kota Jambi untuk menikmati makanan orang-orang Jambi pula.
Anggota bersetuju untuk berjalan kaki sahaja kali ini sambil sambil merasai
kehidupan orang orang Jambi.
Melawat di Muzium Jambi |
Senjata orang-orang Jambi |
Peta wilayah Jambi |
Dalam
berjalan kaki yang amat memenatkan kerana menaiki jalan bukit anggota terpaksa
singgah menghilakan dahaga dengan air kelapa muda. Kemudian meneruskan
perjalanan dan singgah sebentar di Muzium kemerdekaan, terdapat sejarah
kemerdekaan Indonesia menentang penjajah di sini.
Berehat minum air kelapa kerana penat berjalan kaki |
Kereta kuda masih digunakan di sini |
Meneruskan
berjalan kaki lagi tanpa mengetahui jarak kilometernya, dan akhirnya singgah
rehat di sebuah masjid kira-kira jam 12.10 tengahari. Sebuah masjid yang
mempunyai banyak tiang tanpa pintu dan pagar sehinggakan telah di gelar ‘Masjid
Tiang Seribu’ oleh masyarakat tempatan. Malah masjid ini telah dibina ditapak
asal istana kerajaan Jambi dahulunya.
Akhirnya sekitar jam 1.30 tengahari sampailah di pasar dan terus menuju ke restoran nasi Padang. Setelah selesai makan pada jam 2.15 petang menaiki ‘tut tut’ semula untuk station pengangkutan bagi meneruskan perjalanan ke kota Padang yang perlu mengambil masa 15 jam perjalanan. Maka anggota membuat keputusan untuk berhenti di Muaro Bungo sahaja untuk bermalam kerana perjalanan ke Padang itu terlalu lama.
Jam 3.00 petang dengan naik teksi (inova) dengan harga seorang Ir60.000 anggota JWJ3 meneruskan perjalanan. 9 orang penumpang semuanya diisi dalam teksi ini membuat semua terpaksa berhimpit sepanjang perjalanan. Tiada pilihan lain membuat keadaan sebegini terpaksa dilalui selama 6 jam perjalanan untuk tiba jam 9.00 malam ke destinasi.
Masjid Tiang Seribu |
Akhirnya sekitar jam 1.30 tengahari sampailah di pasar dan terus menuju ke restoran nasi Padang. Setelah selesai makan pada jam 2.15 petang menaiki ‘tut tut’ semula untuk station pengangkutan bagi meneruskan perjalanan ke kota Padang yang perlu mengambil masa 15 jam perjalanan. Maka anggota membuat keputusan untuk berhenti di Muaro Bungo sahaja untuk bermalam kerana perjalanan ke Padang itu terlalu lama.
Keadaan pasar di Jambi |
Sekitar di pasar Jambi |
Jam 3.00 petang dengan naik teksi (inova) dengan harga seorang Ir60.000 anggota JWJ3 meneruskan perjalanan. 9 orang penumpang semuanya diisi dalam teksi ini membuat semua terpaksa berhimpit sepanjang perjalanan. Tiada pilihan lain membuat keadaan sebegini terpaksa dilalui selama 6 jam perjalanan untuk tiba jam 9.00 malam ke destinasi.
MUARO BUNGO
HARI 4 –
27.09.2012 – KHAMIS : Sarapan pagi di hotel sahaja dan semasa bersarapan
anggota JWJ3 di Muara Bungo menerima berita dari Sdr Dalim dan Sdr Zaid bahawa
mereka telah tiba di Padang jam 9.00 pagi dan telah dijemput oleh Pak Yanuar,
pemandu anggota di sepanjang berada di bumi Padang.
Maka anggota
di Muara Bungo bergegas pada jam 9.30 menaiki ojek ke stasyen bas – Muaro Bungo
untuk meneruskan perjalanan ke kota Padang sekitar 500 km dan akan mengambil
masa kira kira 9 jam ke 10 jam.
Jam 10.30
pagi bas yg kami nak naiki dah sampai dengan kadar tambang ir60.000 seorang.
Pada ingatan awal bas yang agak selesa kali ini namun ingatan tetap meleset.
Addoiii..teruk betul bas tu, tak da aircond, burung dan ayam pun naik sekali, panas
tak terhingga dalam bas.
Anggota
teruskan juga perjalanan walaupun bus tersebut amat tidak selesa. Pada jam 6
petang tiba di kawasan yang paling tinggi, sejuk, seperti keadaan di Genting Highland,
anggota makan tengahari dan malam sekali disini sebelum meneruskan perjalanan
untuk selama 3 jam lagi kota Padang. Perjalanan yang amat menjemukan….
Jam 9.00 malam
kami tiba di pinggir kota Padang dan
terus menuju ker hotel Bonda menaiki teksi. Sungguh gembira semua anggota JWJ dapat
berjumpa dengan rakan rakan yang baru tiba dari kuala lumpur sejak pagi tadi.
Maka bercantum para anggota menjadikan 5 orang sebelum meneruskan kajian JWJ3
di bumi Sumatera mengenai seni silat dan ulama-ulama yang telah banyak berjasa
di bumi Melayu khususnya di Semenanjung Tanah Melayu
Alhamdulillah,
kali ini Hotel Bonda ini memang selesa, dapat lah para anggota tidor dengan
nyenyaknya pada malam ni.
PADANG
HARI 5 - 28.09.2012 – JUMAAT : Perancangan hari ini
untuk ke salah satu perguruan persilatan dan budaya masyarakat Padang,
destinasi sekitar 100 km. Selesai sarapan pagi, sekitar jam 10.00 pagi kesemua
5 orang anggota kali ini meneruskan ekspedisi.
Tempat
pertama ialah singgah di sebuah masjid lama berusia hampir 400 tahun. Sebuah
masjid berukiran tradisonal Padang dan terletak di sebuah perkampungan lama
berlatarbelakang sawah bendang. Cukup cantik Masjid Asasi Nagari Gunung ini dan anggota semua puas bergambar di
sini.
Lokasi kedua ialah melawat rumah Adat Minang (Tiang Sembilan) yang terletak di Padang Panjang. Di sini para anggota mempelajari pelbagai adat minang setelah diberi penerangan oleh pegawai rumah adat ini. Anggota sempat membuat ‘photocopy’ pelbagai buku mengenai adat dan seni silat Minangkabau di sini.
Masjid Asasi Nagari Gunung |
Kolam ikan yang terdapat di sebelah masjid |
Sumber air dari gunung untuk air wuduk |
Lokasi kedua ialah melawat rumah Adat Minang (Tiang Sembilan) yang terletak di Padang Panjang. Di sini para anggota mempelajari pelbagai adat minang setelah diberi penerangan oleh pegawai rumah adat ini. Anggota sempat membuat ‘photocopy’ pelbagai buku mengenai adat dan seni silat Minangkabau di sini.
Rumah Adat Minangkabau |
Pemandangan dari dalam rumah adat |
Penerangan oleh pegawai rumah adat |
Bergambar di tangga rumah adat |
Lokasi ketiga
di Padang ialah melawat makam Sheikh Abdul Rahman al-Khalidi pengasas seni
silat Kemango. Anggota tiba lewat petang di sini dan sempat membuat temuramah
dengan cucu kepada ulama terbilang ini. Pada suasana yang gelap para anggota
tetap mengambil kesempatan melawat makam ulama ini yang terletak di sebelah
surau di tepi bendang. Dikatakan di kawasan surau inilah tempat latihan silat
pada zaman Sheikh Abdul Rahman masih hidup. Silat yang diasaskan oleh beliau
dan pada hari ini berkembang sehingga ke bumi Semenanjung.
Walaupun sudah
hampir 9.30 malam, anggota tetap mahu meneruskan pengkajian mengenai seni silat
seterusnya, Seni Silat Lintau.
Perjalanan
ke lokasi terakhir untuk hari ini amat sunyi, melalui jalan bukit bukau yang
sempit menuju ke kampong Lintau. Setibanya di kawasan perkampungan ini, anggota
berhenti di beberapa gerai kampong untuk bertanyakan di mana letaknya
gelanggang seni silat Lintau. Akhirnya anggota di bawa ke salah sebuah
gelanggang dan kajian serta temuramah bermula. Di gelanggang ini satu
persembahan khas buat para anggota JWJ oleh guru dan persilat di sini walaupun
malam menghampiri 11.00 malam. Mereka menerima baik kedatangan JWJ dan
silaturahim telah terjalin.
Bertemu wakil seni silat Lintau di warung kopi |
Menemu ramah guru silat Lintau di gelanggang mereka |
Setelah meninggalkan perguruan itu setelah jam melebihi 1.00 pagi, para anggota akhirnya berlabuh di sebuah hotel budget yang sememangnya cukup tidak selesa. Esok perjalanan seterusnya ke Bukit Tinggi.
BUKIT TINGGI
HARI 6 –
29.09.2012 – SABTU : Seawal pagi anggota sudah pun bangun kerana tidak selesa
bermalam di bilik hotel yang agak berabuk ini. Bersarapan hanya dengan air
mineral, anggota telah memulakan perjalanan menuju ke Bukit Tinggi.
Bukit Tinggi
tidak termasuk dalam senarai kajian JWJ3 akan tetapi para anggota sahaja ingin
melawat ke tempat-tempat popular di sini sebelumberangkat pulang dari Pekan
Baru ke Kuala Lumpur.
Setelah
melalui perjalanan yang berpandangan banyak terdapat gunung berapi di sisi
jalan, anggota tiba di Bukit Tinggi sekitar jam 10.00 pagi.
Selesai
melawat beberapa kawasan peranginan di sekitar Bukit Tinggi, tiba masanya untuk
mencari transport ke Pekan Baru, destinasi terakhir di Sumatera sebelum
berangkat pulang.
Jarak perjalanan
mengambil masa kira kira 6 jam antara Bukit Tinggi dengan Pekan Baru. Anggota bertolak
jam 3.00 petang dan sampai ke Pekan Baru jam 8.00 malam. Anggota bermalam di
sebuah hotel yang agak berhampiran dengan airport mala mini agar esok dapat
segera ke airport.
PEKAN BARU
HARI 7 – 30.09.2012
– Ahad : Di sini para anggota tidak ke mana-mana dan menghabiskan masa
sepenuhnya di hotel. Berehat kerana hampir seminggu dalam pengembaraan yang
agak meletihkan.