Jejak
Warisan Jawi meneruskan lagi ekspedisi siri yang 3 setelah selesai jelajah 7
negara dengan kenderaan konvoi 4x4 sehingg ke China pada tahun 2011. Kali ini,
pada tahun 2012 sehingga akhir 2013, JWJ3 akan membawa anggota melawat Bumi
Melayu di seluruh pelusuk Indonesia pula. Memandangkan negara ini terlalu luas
dan kebanyakkannya pulau, maka JWJ3 akan menggunakan kenderaan laut, udara dan
darat yang tersedia ada.
Arah JWJ3
yang pertama adalah menuju ke Riau Lingga dan kemudian diikuti dengan Sumatera,
Kalimantan, Jawa dan penutup siri lawatan serta kajian budaya JWJ3 di bumi
Bugis iaitu Sulawesi.
Ikutilah
catatan perjalanan JWJ3 ini yang bermula ke arah Riau Lingga…
HARI 1 – 25.4.2012 – RABU : Bermula Jam 11.00 malam,
para peserta Jejak Warisan Jawi siri 3 (JWJ3) telah berkumpul di Restoran
Semenanjung terletak di Taman Selatan, Kelang Selangor. Dengan pelbagai
latarbelakang 12 anggota JWJ3 kali ini termasuk para juru foto dan wartawan
dari Bernama terlibat di dalam program JWJ kali ini.
Usaha
program JWJ3 ini dijalankan adalah atas tekad untuk menjejaki kembali susur
galur rumpun melayu selain daripada menjadi tetamu jemputan rasmi Kabupaten
Lingga dalam acara pertandingan fotografi serta agen agen pelancongan di bawah
anjuran Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Kabupaten Lingga.
Boleh juga
dikatakan rombongan JWJ3 ini telah menjadi satu-satunya wakil jemputan dari
Malaysia ke acara program tersebut di samping wakil-wakil dari Negara
Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia sendiri.
Perjalanan
rombongan JWJ3 mula bergerak menuju ke Stulang Laut di Johor Bahru, jeti
terminal feri Tanjung Pinang setelah upacara perlepasan rombongan oleh
Pengarah JWJ3 sdr Mohd Yusoff Kamaruddin. Rombongan telah menggunakan 2 buah
van milik anggota rombongan sendiri. Lebih kurang pada jam 3 pagi, rombongan
JWJ3 telah singgah di perhentian rehat Ayer Keroh, Melaka bagi menjemput salah
seorang anggota rombongan iaitu saudara Fadzli Ramli wakil dari Bernama selaku
wartawan.
|
Majlis Pelepasan rombongan JWJ3 ke Lingga |
TANJUNG PINANG & PULAU PENYEGAT
HARI 2 - 26.4.2012 – KHAMIS : Jam 5 pagi, rombongan JWJ telah
sampai di Stulang Laut, Johor Bahru. Para anggota terpaksa menunggu di sekitar
terminal tersebut sementara menunggu kaunter Jabatan Imegrisen Malaysia buka
pada jam 8 pagi.
Jam 8.30,
rombongan menaiki feri ke Pulau Bentan juga dipanggil Tanjung
Pinang, Indonesia dan tiba jam 11.30 pagi waktu Indonesia. Harga tambang
feri bagi setiap seorang adalah sebanyak RM104 termasuk perlindungan insuran.
Setelah
sampai Tanjung Pinang, rombongan JWJ3 telah disambut oleh wakil penganjur iaitu
sdr Sapril Biring dan setelah selesai urusan imegresen Indonesia para
anggota di bawa ke hotel. Kena pada waktunya iaitu tengahari, maka para anggota
bergegas mencari restoran untuk makan. Masakan Padang telah menjadi
pilihan anggota rombongan dengan pelbagai lauk pauk seperti daging dendeng,
gulai lemak nangka, gulai urat keting dan bergai lagi. Sungguh enak rasa sambil
ramai memesan minuman terkenal di Indonesia iaitu teh botol jenama ‘Sorsor’
selain jus buah advokat.
|
Sausana di Jeti Tanjung Pinang |
|
Sausana di pekan Tanjung Pinang |
|
Menjamu selera dengan Nasi Padang |
Pulau
Penyengat mengikut sejarah merupakan pusat pentadbiran kerajaan Riau-Johor-Pahang
pada satu masa dulu. Makam Raja Jaafar, makam Raja Hamidah, malah Raja Haji
Fisabilillah juga terdapat makam di sana. Tokoh Penulis terkenal seperti
Raja Ali Haji iaitu ‘Gurindam Dua Belas’ juga dimakamkan di pulau tersebut.
|
Tempat sejarah yang terdapat di Pulau Penyengat |
|
Tempat sejarah yang terdapat di Pulau Penyengat |
Selainnya,
Balai Adat serta Gedung Mesiut dan Benteng atas bukit yang menjadi banteng
pertahanan semasa perang di antara kerajaan Riau dengan pihak Belanda.
Rombongan membuat ‘island tour’ dengan mengunakan khidmat motorsikal ala-ala
motor tentera jerman dalam filem Combat yang di panggil ‘Ojek’. Kos tambang
bagi setiap satu ‘Ojek’ untuk 2 orang iaitu sekitar Rupiah 40 ribu. Selain
makam-makam kerabat Kesultanan Melayu Riau menjadi destinasi lawatan terdapat
juga bekas istana dan perigi puteri termasuk sebuah Masjid Kuning yang berusia
ratusan tahun.
|
Ojek khas di Pulau Penyengat |
|
Masjid Sultan Pulau Penyengat |
Matahari
mula terbenam, suasana yang indah dinikmati para anggota rombongan JWJ3
sambil kembali ke Tanjung Pinang untuk menjamu selera pada sebelah malam
di medan selera Bentan. Menu unik iaitu masakan siput gonggong
telah menjadi pilihan rombongan JWJ3.
|
Mencuba makanan siput Gonggong |
PULAU BENAN
HARI 3 – 27.4.2012 – JUMAAT : Jam 9 pagi waktu tempatan,
pihak penganjur telah mengumpulkan semua peserta jemputan dari negara-negara yang terlibat di Jeti Pelabuhan
Sri Bintan Pura, Tanjung Pinang dengan diberi taklimat ringkas tentang program
tersebut. Bermulalah perkhidmatan feri percuma yang ditanggung
sepenuhnya pihak Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Lingga, Indonesia dan juga
pertandingan fotografi juga bermula.
|
Suasana yang indah melihat air laut yang cukup jerneh |
|
Keadaan biasa anak-anak berlari-lari di pantai |
Semua
jemputan menaiki feri menuju ke destinasi pelancongan yang pertama iaitu
Pulau Benan. Rombongan disambut meriah ala-ala orang pulau. Masih
tersemat sopan santun penduduk Pulau Benan ini dengan budaya Melayu. Berpakaian baju melayu ‘cekak musang’ bagi kaum lelakinya dan baju kurung
serta payung dihias cantik dari kaum wanita. Malahan diiringi dengan barisan
bunga manggar telah menghilangkan rasa ‘mabuk laut’ para peserta jemputan.
|
Wajah penduduk di sini |
PULAU PENA’AH
Jam 2
petang, anggota rombongan di bawa menaiki feri semula untuk ke destinasi kedua
iaitu Pulau Pena’ah. Sambutan daripada orang-orang Melayu pulau tersebut
juga tak kuarang hebatnya. Sememangnya orang melayu mempunyai sifat merai
tetamu yang amat tinggi serta halus sopannya. Ini amat dirasai oleh
peserta khususnya rombongan JWJ3 sehinggakan ada yang menitiskan airmata ketika
penduduk Pulau Pena’ah ini mengalunkan lagu nasyid beserta dengan paluan
kompang yang amat mengharukan. Rombongan JWJ3 juga tidak melepaskan
peluang menikmati ‘air batu campur’ cara Pulau Pena’ah.
|
Paluan kompang dek anak-anak di pulau ini |
|
Mencuba 'ABC' dari pulau ini |
DAIK &
PULAU LINGGA
Dari Pulau
Pena’ah perkhidmatan feri khas terus menuju ke Pelabuhan Kota Panchur.
Sekitar waktu matahari terbenam rombongan sampai di jeti Pelabuhan Kota
Panchur. Suasana indah itu diiringi dengan sayup-sayup alunan bacaan al Quran
dari sebuah masjid berhampiran jeti tersebut. Setiap peserta rombongan
dipakukan lagi dengan pemandangan matahari terbenam di celah-celah puncak
Gunung Daik yang benar-benar bercabang tiga. Peristiwa ini berlaku
sementara pihak penganjur tengah menguruskan pengangkutan air iaitu ‘bot pancung’
dari Panchur ke Jeti Resun melalui sebatang anak sungai yang kiri kanan kaya
dengan hutan paya bakau. Ini merupakan salah satu pintu masuk ke Pulau
Lingga selain dari Tanjung Buton. Bot-bot pancung mengangkut para peserta
jemputan menyusuri sungai dalam keadan gelap dan ala-ala filem ‘James Bond’ di
Kepulauan Krabi, Thailand.
|
Pemandangan yang cukup istimewa bersama gunung Daik |
|
Ini lah cara ke Pulau Lingga melalui laluan ini |
|
Suasana senja di sini |
Bas dan mpv
jenama ‘kijang’ kalau di Malaysia dipanggil Toyota Unser digunakan untuk
mengangkut tetamu jemputan ke hotel dan homestay sekitar Lingga. Rombongan JWJ ditempatkan di Hotel Soon Ling semestinya kepunyaan taukeh
berbangsa cina.
|
Sungai yang terdapat di Lingga dan kapal akan masuk sehingga ke bandarnya |
Kebetulan
disebelah hotel tersebut terdapat gerai makan yang menjual makanan
‘sebijik’ macam di Malaysia seperti Keow Teow Goreng, Mee Goreng dan lain
lagi. Rasanya memang rasa di Malaysia, bila ditanya tukang masak tersebut
pernah datang bekerja di negara kita, patut pun. Acara sebelah malam
tersebut di mulakan para jemputan dibawa ke Dataran Budaya Lingga.
|
Menjamu selera di tepi hotel |
|
Keadan bandar Lingga yang begitu kecil di waktu malam |
Majlis
Pembukaan Rasmi Acara Pertandingan Fotografi serta makan malam diadakan dengan
dirasmikan oleh Bupati Kabupaten Lingga iaitu Bapa H. Daria serta
dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan melayu seperti nyanyian lagu
melayu asli, tarian zapin dan juga persembahan fesyen batik Lingga serta seloka
pantun. Majlis dimulakan dengan satu adat yang sememangnya menyentuh
perasaan pihak rombongan JWJ3 iaitulah adat penyerahan tepak sirih oleh artis
penari kepada tetamu kehormat majlis tersebut iaitu Bupati ataupun kita panggil
di sini sebagai Menteri Besar Negeri.
|
Tepak sireh di bawa sembah sebagai pembuka majlis |
Satu pengalaman lagi, yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh ketua rombongan JWJ3 ke Lingga iaitu saudara Dalim Othman dimana dijemput ke atas pentas bagi mewakili Malaysia bagi membuat satu persembahan iaitu diminta menyanyikan satu lagu untuk semua hadirin. Dengan lagu ‘Istana Menanti’ dendangan Rahim Maarof menjadi pilihan beliau.
|
Sdr Dalim mempersembahkan lagu |
PULAU DABO SINGKEP
HARI 4 – 28.4.2012 – SABTU : Pagi ini, para jemputan di
bawa mengelilingi Pulau Lingga bagi acara mengambil foto-foto menarik untuk
dijadikan risalah pelancongan Lingga. Antara tempatnya iaitu di
perkarangan Situs Istana Damnah, Bilik 44, Kolam Mandian Sultan,
Muzium Linggam Cahaya, Masjid Sultan Lingga dan seterusnya ke Jeti Tanjung
Buton untuk di bawa ke Jeti Jagoh, Pulau Dabo Singkep.
|
Masjid di pulau ini |
|
Istana Damnah |
|
Muzium Linggam Cahaya |
Setelah
sampai Dabo Singkep, rombongan peserta di bawa ke Air Terjun Batu Ampar, Pantai
Batu Berdaun dan di sana rombongan dihidangkan dengan makan tengahari di tepi
pantai tersebut. Cukup menyelerakan dengan ikan bakar, sotong bakar,
udang bakar ditambah dengan air asam. Fuh! Lawatan diteruskan ke sekitar
pulau seperti Masjid Zulfa, Klenteng, Gedung Pagoda, Peninggalan Kilang
Industri Timah, Komplek Angkatan Laut dan Pelabuhan Dabo Singkep.
|
Jeti di pulau ini |
|
Suasana di pulau Dabo Singkap |
|
Enak ikan bakar yang segar |
PULAU MEPAR
|
Suasan yang menarik di sini |
|
Perahu merupakan cara berhubung dari pulau ke pulau |
PULAU LINGGA
Rombongan kembali
ke Pulau Lingga pada lewat petang. Walaupaun acara yang dianjurkan agak terlalu
padat, namun pihak rombongan JWJ3 sungguh merasa gembira dengan pengalaman
mahal ini. Malahan dapat bersua kenal dengan saudara serumpun bangsa
sendiri.
|
Temuramah dengan ahli sejarah di pulau Lingga |
Pada sebelah
malam pihak penganjur program iaitu Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Kabupaten
Lingga menganjurkan majlis makan malam serta persembahan kebudayaan dan juga
pengumuman keputusan pemenang fotografi pelancongan.
Keputusan
pemenang fotografi banyak dibolot oleh para jurufoto dari Indonesia
sendiri. Dari Jakarta , Bogor, Medan, juga peserta tempatan. Keadaan ini
tidak menjadi isu kepada wakil jurufoto-jurufoto luar seperti Encik Shukor yang
merupakan anggota JWJ3, mewakili
Malaysia ataupun dari Singapura dan Thailand. Kemeriahan dan pemandangan
menarik, sudah cukup menjadi hadiah mahal kepada para jurufoto professional
negara luar. Majlis Penutup malam itu adalah tarian joget lambak. Bapak Bupati Kabupaten Lingga telah menghampiri meja anggota rombongan JWJ3, dijemput oleh beliau sendiri untuk naik ke pentas bersama-sama berjoget dengan para penari kebudayaan.
|
Berkenalan dengan bapak Bupati |
|
Sama-sama merai majlis |
HARI 5 – 29.4.2012 – AHAD : Hari terakhir para anggota
rombongan JWJ3 dan semuanya berada di Lingga dan yang paling menarik menetap di
Hotel Soon Ling itu berlatar belakangkan Gunung Daik yang mempunyai mitos
Lagendanya tersendiri.
Selesai
sarapan pagi, di gerai tepi hotel itu para anggota rombongan JWJ3 bersama
dengan wakil-wakil peserta dari Singapura dan lainnya di hantar ke Jeti Tanjung
Buton untuk ke Tanjung Pinang semula di mana lokasi bermulanya acara
pertandingan fotografi untuk risalah pelancongan Lingga 2012.
|
Keadaan biasa di sini yang serba kekurangan |
Setelah
sampai ke Tanjung Pinang, maka semua peserta yang menjadi tetamu jemputan acara
tersebut pun bersurai mengikut destinasi masing-masing disamping bertukar-tukar
bisnes kad dan maklumat. Rombongan JWJ3 pun kembali ke tanah air
tercintai selain dari mengenangkan pengalaman manis, sedih, terharu, bangga,
bersyukur dan pelbagai situasi lagi.
|
Selamat tinggal Riau Lingga dan selamat kembali ke Malaysia |
Oh ya
seperkara lagi baru perasan bahawa gaya kehidupan masyarakat Melayu di
kepulauan Riau khususnya di Lingga ini masih jauh ketinggalan dari arus moden
ibarat zaman 60 an lagi, antara yang ketara semua kenderaan darat di Lingga
masih menggunakan bahan api seperti petrol atau diesel dalam botol tanpa
ada steyen minyak, bayangkan.