Jawa

SURABAYA

HARI 1 – 3.10.2013 – KHAMIS : Tiba di Surabaya dari Banjarmasin. 5 anggota sahaja yang melaksanakan ekspedisi JWJ3 di tanah Jawa kali ini, menumpukan sepenuhnya lawatan ke makam-makam wali Sembilan. Anggota JWJ kali ini adalah kumpulan yang sama yang berada di tanah Kalimantan hampir seminggu yang lalu yang mana singgah untuk beberapa hari di sini sebelum kembali ke Semenanjung.


Tiba di Airport Surabaya
Pandangan di luar airport

Tiba jam 1.00 tengahari waktu di pulau jawa dan terus mendapati pak supir (Pak Ridha) yang sedia menanti di luar lapangan terbang untuk makan tengahari terlebih dahulu sebelum mencari tempat penginapan.

Pak supir membawa ke gerai kegemarannya iaitu warung IJO, IJO itu rupanya bermaksud Hijau, patutlah warna hijau warung tersebut. Di sini hanyalah hidangan masakan orang jawa, tempe, nasi ambang dan rasanya semuan manis-manis belaka, tidak menetapi selera beberapa anggota JWJ yang kebanyakanya berasal dari Kedah.


Restoran masakan Jawa
Kedai video game di tepi restoran

Selesai makan, anggota terus di bawa ke hotel tempat menginap di kota Surabaya ini iaitu sebuah hotel yang baru beroperasi bernama hotel Sulawesi.


Hotel Sulawesi di Surabaya

Selesai sahaja memasukkan beg ke dalam bilik hotel, aktiviti di Surabaya terus disambung kerana di sini terdapat banyak makam-makam yang harus dilawati namun masa tidak begitu banyak.

Makam yang pertama akan dijejaki ialah makam Sunan Drajat yang terletak kira kira 100 km di Kabupaten Lamongan dan harus mengambil masa antara 3 jam hingga ke 4 jam perjalanan.

Perjalanan bermula sekitar jam 4.00 petang dan anggota tiba di makam ini  sekitar jam 7.30 malam.


Suasana di luar makam Sunan Drajad
Jualan baju t'shirt di makam

Ketika dalam suasana gelap ini anggota lawati juga makam Sunan Drajat yang berada di atas kawasan yang agak tinggi. Ramai sungguh manusia yang mengziarah di makam ini. Agak berlainan suasana makam dan cara orang di makam di tanah Jawa berbanding di Kalimantan dan Semenanjung.


Makam Sunan Drajad dari dalam bangunan makam
Muzium mini Sunan Drajad
Ramai pelawat datang minum air di sini

Selesai ziarah, anggota terpaksa bergegas pulang semula ke hotel kerana perjalanan 3 jam pulang pasti amat meletihkan.

Sebelum kembali ke hotel, singgah makan di tepi benteng sungai di kota Surabaya, kota yang kedua besar di indonesia selepas Jakarta dan sampai di hotel sekitar jam 11.00 malam.


HARI 2 – 4.10.2013 - JUMAAT : Hari ini ada lagi 5 makam yang akan dilawati bermula dengan makam Sunan Ampel sekitar kota Surabaya sehinggalah ke perjalanan ke Semarang untuk bermalam. Semua anggota ‘check-out’ dari hotel jam 10.00 pagi untuk ke makam Sunan Ampel. Sebelum ke makam-makam, para anggota singgah sebentar di pejabat seni silat Merpati Putih untuk temuramah.


Bergambar bersama ahli silat Merpati Putih
Anggota JWJ3 berehat sebentar sebelum meneruskan kembara

Lawatan di Makam Sunan Ampel bermula hampir jam 11.00 pagi dan para anggota berada di sana hampir satu jam.


pintu masuk ke kawasan perkampungan makam Sunan Ampel
Wajah-wajah di lorong ke makam Sunan Ampel
Wajah-wajah di lorong ke makam Sunan Ampel
Wajah-wajah di lorong ke makam Sunan Ampel
Di makam Sunan Ampel
Di makam Sunan Ampel
Temuramah penjaga makam Sunan Ampel
Air sumur dii makam Sunan Ampel

Selesai solat Jumaat kira-kira jam 3.00 petang para anggota sudah pun berada di makam Sunan Maulana Malik di daerah Gresik.


Suasana di pintu masuk makam Maulana Malik
Suasana di makam Maulana Malik
Suasana di pintu keluar makam Maulana Malik
Antara di dinding Suasana di makam Maulana Malik

Jam 4.30 petang menuju pula ke makam Sunan Giri. Makam ini terletak di atas tanah tinggi dan para anggota terpaksa memanjat anak-anak tangga untuk sampai ke makam tersebut. Memang berbeza di makam-makam di sini, terdapat banyak jualan disekitar makam dan seolah bagai pesta di luar perkarangan makam kerana terdapat banyak bas-bas rombongan datang ke makam-makam untuk lawatan.


Suasana di pintu masuk ke makam Sunan Giri
Suasana di pintu masuk ke makam Sunan Giri
Makam Sunan Giri
Suasana di makam Sunan Giri
Suasana di pintu keluar ke makam Sunan Giri

Sekitar jam 5.00 petang, kenderaan sewaan JWJ3 menuju ke Tuban ke Makam Sunan Bonang dan melalui perjalanan yang meletihkan selama 4 jam.


Suasana di pintu masuk ke makam Sunan Bonang
Suasana di pintu masuk ke makam Sunan Bonang
Makam Sunan Bonang

Tiba di Tuban pada lewat jam 8.30 malam. Di sini para anggota mengambil kesempatan membeli cenderahati dan sekaligus makan malam. Menu malam ini hanya ala mee Maggie goreng namun masakan ini tidak lah sesedap masakan restoran mamak di Malaysia.

Selesai lawatan dan tahlil di makam Sunan Bonang, perjalanan diteruskan ke kota Semarang untuk berlabuh untuk malam ini. Satu perjalanan yang menjemukan kerana keadaan jalan dan masa yang hampir 5 jam.

Tiba di kota Semarang sudah lewat jam 2.00 pagi dan anggota terus ke hotel Tugu Indah yang telah sedia dibooking oleh Pak Aris, selaku tour guide anggota JWJ3 di kota Semarang.


SEMARANG

HARI 3 – 5.10.2013 – SABTU : Seawal pagi Bapak Aris dan Pak supir sudah sedia menunggu di ruang tamu hotel. Hari ini akan teruskan ekspidisi ke makam wali Sembilan yang lain pula.


Suasana di luar hotel di Semarang

Perjalanan pertama hari ini sejauh 50 km, menghala ke arah sebuah gunung  yang bergelar Gunung Muria tempat bersemadinya Sunan Muria. Makam Sunan Muria ini terletak di puncak dan kenderaan lain tidak dapat ke sini kecuali motosikal. Jadi semua anggota terpaksa menaiki ojek dengan kadar IR80,000 sewa seorang untuk ke makam tersebut.

Aduhh, sungguh adventure kerana jalan yang sempit ke puncak sejauh 3 km dan para pemandu ojek memandu dengan amat laju sekali.

Menaiki ojek ke gunung Muria
Makam Sunan Muria yang terletak di atas gunung ini
Pintu masuk ke makam Sunan Muria

Bagi pengunjung yang mahu membeli cenderahati bolehlah membeli di gerai gerai cenderahati yang disediakan berhampiran makam. Salah satu barangan yang terkenal di sini adalah tasbih yang diperbuat dari kayu ‘Lanang Sari’, pokok yang terdapat di gunung ini.


Pintu masuk ke makam Sunan Muria
Gerai di luar makam Sunan Muria
Jualan tasbih banyak sekali di luar makam

Jam menunjukkan sudah pukul 11.00 pagi, destinasi seterusnya adalah makam Sunan Kudus yang terletak tidak jauh dari Gunung Muria ini, sekitar 20 km perjalanan di Daerah Kudus.


Pintu masuk ke makam Sunan Kudus
Menara di makam Sunan Kudus
Di makam Sunan Kudus
Kerja-kerja penjagaan makam-makam di sini
Para peminta sedekah di luar makam Sunan Kudus

Selesai sudah di makam Sunan Kudus, peluh sudah kerap menitis dek cuaca yang panas dan perut sudah lama berkeroncong menahan lapar.

Restoran Nasi padang
Pak supir membawa para anggota sekali lagi ke restoren makanan jawa dan selesai makan terus anggota ke makam Sunan Kalijaga berjarak hanya kira-kira 5 km sahaja.

Pintu masuk ke Makam Sunan Kalijaga 
Makam Sunan Kalijaga
Acara pelawat di makam Sunan Kalijaga
Gerai jualan cenderahati di pintu keluar makam Sunan Kalijaga

Selesai di makam sunan ini, pada jam 2.00 tengahari bergerak ke  kota Demak pula di mana terletak Masjid Agung Demak.


Suasana di kota Demak

Hampir 2 jam berada di Masjid Agung Demak, bertemuramah dengan penjaga masjid iaitu Pak Musli dan bergambar. Jam 4.00 petang baru gerak semula menuju ke kota Semarang sejauh kira-kira satu jam perjalanan.


Museum di kawasan Masjid Agung Demak
Makam Raden Fatah yang terletak di kawasan Masjid Agung Demak
Masjid Agung Demak 
Empat tiang yang terkenal dalam Museum di kawasan Masjid Agung Demak
Lambang yang terdapat di dalam Masjid Agung Demak

Para anggota kelam kabut mencari ole-ole yang hendak dibawa pulang esok hari. Jadi terpaksa ronda-ronda kota Semarang mencari barangan yang sesuai dan menghabiskan masa di saat-sat terakhir di negara.

Esok para anggota terpaksa pulang setelah 6 hari di Kalimantan dan 4 hari di Jawa. Sudah 10 hari semuanya di bumi orang. Hampir kesemua makam wali 9 di lawati kecuali Sunan Gunung Jati yang terletak terlalu jauh dari Semarang dan waktu tidak mengizinkan untuk ke makam tersebut.

Tiket pulang sudah ditempah untuk esok dan untuk ke makam Sunan Gunung Jati memerlukan 2 hari lagi hari lawatan. Jadi, para anggota membuat keputusan pulang dahulu kerana terdapat 4 anggota harus masuk kerja pada hari Isnin nanti.

Berakhirlah sudah malam di Surabaya.


HARI 4 – 6.10.2013 - AHAD : Jam 7.00 pagi setelah selesai sarapan, dua buah teksi membawa anggota JWJ3 ke Ahcmad Yani International Airport dan para anggota meninggalkan bumi Indonesia pada jam 10.00 pagi.


Sekian. Catatan JWJ3 di Jawa oleh Sdr Rizal dan TokPul.

CATATAN LAIN RIAU LINGGA I SUMATERA KALIMANTAN I JAWA ISULAWESI I DIARI JWJ I